Sejak kebelakangan ini, Datuk Seri Aliff Syukri terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga ibunya, Bonda Rozita Ibrahim turut membuat teguran secara terbuka kepadanya, meminta agar anaknya itu menjaga maruah keluarga dan jangan terlalu gilakan publisiti.
Disaat menerima kecaman bertubi-tubi dari netizen, siapa sangka Ali Puteh tampil memberikan pesanan serta kata-kata semangat buat usahawan kosmetik itu.
Menerusi akau Instagramnya, Aliff memuat naik paparan skrin perbualannya dengan Ali yang menasihatinya supaya mengamalkan surah Al-Fatihah dan berzikir jika hati dalam keadaan tidak tenang.
Meskipun pernah dikatakan sebagai punca perbalahan antara keluarga Ali, Aliff akhirnya memohon maaf dan merasa terharu dengan pesanan berguna serta kata-kata semangat yang diberikan oleh pelawak tersebut.
Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur serta memuji tindakan Ali kerana meskipun sebelum ini dimalukan, dia tetapi tetap berbuat baik kepada Aliff.
Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Pujian harus diberikan kepada Ali kerana dia tidak pernah memusuhi atau menyimpan dendam terhadap Aliff. Baguslah kalau mereka berdua sudah berbaik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments