Sebelum ini ahli keluarga Datuk Seri Aliff Syukri berdiam diri apabila usahawan kosmetik itu menimbulkan pelbagai kontroversti tetapi semalam ibunya, Bonda Rozita Ibrahim telah memuat naik video menegur anaknya itu secara terbuka.
Rozita berkata, dia malu dituduh tidak pandai menjaga anak sedangkan sudah beberapa kali menasihati Aliff untuk berubah dan menjaga maruah keluarga.
Memberikan responnya, Aliff mengakui terkilan dan terasa hati dengan teguran tersebut. Dia agak malu dan mengatakan ibunya itu tidak wajar berbuat sedemikian apatah lagi dibuat untuk tatapan umum.
Diakui saya terkejut, sedih dan sedikit tertekan. Teguran bonda itu membuatkan semakin ramai yang salah tafsir. Malah, orang terus buat provokasi.
Saya merajuk dengan dia. Sepatutnya dia kena berikan kata-kata semangat, bukan kecam. Walaupun saya anak dia, tapi sebagai manusia biasa yang ada hati ada perasaan, sudah tentu saya terasa
Terdahulu, Rozita menegur tindakan Aliff memuat naik klip video lagu terbarunya yang memaparkan dia menangis air mata darah. Malah, Rozita turut menasihati Aliff agar tidak terlalu gilakan publisiti dan harus sedar diri bahawa dia memang tiada bakat menyanyi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments