#Hiburan: Jangan Semakkan Lagi Hidup Polis Dengan Isu Artis – Bront Palarae Selar Tindakan Seniman

Isu artis meminta bantuan khusus untuk golongan penggiat seni masih hangat diperkatakan. Semalam, timbul pula isu baru dimana Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang didakwa membuat video berunsur hasutan dan juga kecaman terhadap industri seni tanah air.

bront palarae seniman

Malah, pihak Seniman turut menyeru lebih ramai artis serta penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia terhadap artis berkenaan.

Meskipun identiti artis itu tidak didedahkan, tetapi rata-rata netizen mengatakan bahawa artis itu adalah Zarina Anjoulie.

bront palarae seniman

Melihat segala kekecohan yang berlaku, pelakon Bront Palarae tampil  menyelar tindakan Seniman itu.

“Jangan semakkan lagi hidup polis dengan isu artis”

bront palarae seniman

Bront berkata, masalah dalam industri perlu ditangani secara dalaman. Dia memohon pihak Seniman supaya tidak membebankan lagi pihak polis untuk mengendalikan perkara begini kerana banyak lagi perkara yang lebih penting harus ditangani oleh mereka pada ketika ini.

Netizen sokong Bront

bront palarae seniman bront palarae seniman

Rata-rata bersetuju dengan kenyataan Bront itu dan menyifatkan tindakan Seniman itu tidak wajar kerana banyak lagi perkara penting yang perlu ditumpukan. Isu artis ini tidak perlu melibatkan pihak lain.

Terdahulu, Zarina pernah memuat naik video mengecam tindakan beberapa rakan artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan khusus kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments