Selepas beberapa bulan menjalin hubungan cinta, baru-baru ini pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi berkongsi saat bahagia menerima lamaran kekasihnya, Nabil Mahir. Lebih istimewa dan bermakna, Nabil melamar Ayda pada ulang tahun kelahiran Ayda yang ke 28 dan lamaran tersebut merupakan satu hadiah yang paling berharga buatnya.
Mesti ramai yang tertanya bila agaknya mereka bertunang dan kemudian ke fasa seterusnya? Bagaimanapun, menurut Nabil dia dan Ayda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan majlis merisik atau bertunang.
Semenjak kami mula rapat, kami sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Selepas saya melamar Ayda, kami memang tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis merisik atau bertunang.
Nabil berkata jika boleh dia mahu terus melangsungkan majlis pernikahan tetapi tarikhnya masih belum difikirkan lagi. Namun, dia berhasrat untuk berkahwin pada tahun ini.
Kalau boleh, saya sendiri mahu terus bernikah dan mengadakan majlis berkahwin tetapi tarikhnya masih belum difikirkan lagi.
Saya mahu langsungkannya tahun ini juga. Tetapi, semuanya masih belum pasti lagi dan kami akan berbincang dengan keluarga terlebih dahulu.
Rata-rata peminat sudah tidak sabar untuk menanti hari bahagia pasangan merpati dua sejoli ini. Semoga perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments