#Hiburan: Aliff Syukri Insaf, Janji Tak Mahu Riak Di Media Sosial

Sejak kebelakangan ini nama usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai ekoran beberapa kontroversi melanda dirinya. Tindakannya itu turut mendapat perhatian ibunya, Bonda Rozita Ibrahim yang membuat teguran secara terbuka kepadanya, meminta agar anaknya itu menjaga maruah keluarga dan jangan terlalu gilakan publisiti membuat perkara yang hanya dikecam masyarakat.

aliff syukri

Susulan itu, Aliff berjanji untuk tidak bersikap riak di laman sosial dan dia juga mengakui sudah meminta ampun dan maaf kepada ibunya.

Saya sudah berjumpa bonda dan berkongsi video di IG. Cuma, apa yang dimuat naik itu adalalah rakaman semula. Sebelum itu, adalah dia mengamuk dan bising. Sama juga saya.

Namun, ia tidak dikongsikan. Saya tunjuk yang gembira saja. Sebab, tidak mahu orang akan bercerita lebih buruk. Bagi saya, macam mana jahat sekali pun mak kita, dia tetap mak kita. Dalam kes saya, bukan nak kata mak saya jahat.

Jadi, saya sudah minta maaf dan ampun daripadanya. Saya juga berjanji takkan riak dan akan dengar cakap.

aliff syukri janji tak mahu riakAliff juga menegaskan dia tidak gila atau sakit mental seperti yang didakwa oleh netizen. Namun, dia mengakui ada berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ketenangan kerana tertekan dengan masalah pekerja dan hal lain.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments