Seperti yang dimaklumkan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18- 31 Mac hanya seorang sahaja iaitu ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dan ubat-ubatan.
Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram pelakon Wawa Zainal memuat naik foto dirinya memakai topeng muka ketika hendak keluar membeli barang dapur. Bagi melindungi dirinya, dia juga memakai baju hujan dan Wawa akui ia seolah-olah seperti hendak pergi berperang.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah netizen yang mempersoalkan mengapa tidak suaminya, Aeril Zafrel sahaja yang keluar membeli barangan keperluan tersebut selaku ketua rumah.
Enggan orang ramai salah faham, Wawa tampil membalas komen berkenaan dan menjelaskan keadaan sebenar. Menurut Wawa jika Aeril yang pergi, dia bimbang suaminya itu terpaksa duduk lama di pasaraya untuk mencari barang yang perlu dibeli.
Bila isteri beli barang dapur, tidak bermakna suami itu tidak bertanggungjawab cuma hendak memudahkan lagi urusan. Iyalah, sepanjang tempoh kuarantin sejak beberapa hari ini, ramai lelaki kata misi ke kedai beli barang dapur adalah sangat sukar. Berapa kali telefon dan ‘facetime’ isteri kerana tidak tahu barang apa yang hendak dibeli.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments