Isu cadangan beberapa artis yang mahu meminta bantuan khusus daripada pihak kerajaan untuk menempuh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah menimbulkan salah faham. Ada artis yang turut mahukan bantuan, ada yang kata tidak perlu, dan ada pula pihak yang menuduh artis tidak mahu membantu orang lain yang memerlukan sedangkan sebelum ini mereka menayang kemewahan di media sosial.
Melihat apa yang berlaku, pelakon Sharifah Sakinah turut tampil memberikan reaksi berhubung isu berkenaan.
“Kami tak ada beg mahal, kami enjoy je”
Kata Sakinah, dia dan beberapa rakan selebriti bersyukur kerana mereka tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak ketika negara sedang berdepan krisis penularan wabak COVID-19.
Mereka hidup bersederhana biarpun tiada beg mahal, tetapi simpanan yang ada cukup untuk mereka meneruskan kehidupan. Itulah pentingnya amalan menabung.
“Baru betul pemikiran macam ini”
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Sakinah dan berharap semua pihak bersatu ketika menghadapi bencana yang melanda.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Tidak perlu terlalu menayang kemewahan yang ada dan cuba untuk hidup sederhana. Pastinya jiwa juga akan lebih tenang.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments