Wabak COVID-19 semakin mengganas hampir ke seluruh dunia, susulan penularan virus yang sudah meragut nyawa puluhan ribu manusia itu, Aeril Zafrel berdepan kerugian hampir RM150,000 apabila tempahan percutian ke Eropah bersama isterinya, Wawa Zainal terpaksa dibatalkan.
Menurut Aeril, mereka sepatutnya berlepas pada Ahad lalu tetapi pihak agensi pelancongan memaklumkan tiket penerbangan tidak dapat ditunda ke tarikh lain dan mereka juga tidak boleh mendapat pulangan wang jika membatalkan perjalanan tersebut.
Tidak penerbangan tak boleh ditunda dan wang tempahan boleh dikatakan ‘hangus’. Bagaimanapun, saya sudah menghantar wakil untuk berjumpa dengan pihak agensi supaya ada jalan penyelesaian terbaik memandangkan musibah ini berlaku hampir di seluruh dunia.
Kalau mengikut kata agensi, wang itu bakal ‘hangus’ tapi saya tetap berharap ada berita baik yang bakal disampaikan.
Difahamkan, pasangan selebriti itu dan beberapa rakan mereka akan ke United Kingdom, Perancis, Jerman, Switzerland dan Belgium. Bagaimanapun, kerana kemudaratan virus ini yang mengancam nyawa, Aeril berkata dia tidak mahu mengambil risiko dan memilih untuk membatalkan percutian itu.
Saya tidak mahu ambil risiko. Tambahan pula Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengklasifikasikan Covid-19 sebagai pandemik. Ia turut memberi amaran penularan global wabak itu amat membimbangkan. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak pergi.
Tidak dinafikan jumlah RM150,000 adalah besar tetapi apa yang penting sekarang adalah nyawa dan kesihatan sendiri. Tangguhlah dulu apa sahaja aktiviti dan rakyat Malaysia juga janganlah taksub dengan tawaran pakej penerbangan yang murah.Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubati.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments