Kehidupan Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah lari dari kontroversi, ada sahaja tindak-tanduknya mengundang kecaman. Namun, dia tidak pernah peduli mahupun serik dikecam netizen.
Meskipun isu dakwaan mengatakan dia memukul anak angkatnya belum selesai, jutawan kosmetik itu masih sempat lagi mempromosikan lagu barunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menangis air mata darah
Menerusi video yang dimuat naik, Aliff “menangis air mata darah” iaitu simbolik kepada hatinya yang hancur.
“Propa, kuat berlakon” – Netizen
Seperti biasa, apa sahaja yang dilakukan olehnya pasti tidak akan mendapat sokongan netizen. Rata-rata netizen mengkritik suaranya sumbang dan mengecam dia sengaja berdrama semata-mata demi meraih perhatian ramai.
Terdahulu, Aliff didakwa memukul anak angkatnya pada 28 Februari lalu di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk tujuan publisiti. Dalam laporan polis yang dibuat terhadapnya, mangsa dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan pada badannya. Bagaimanapun, dia enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments