Dikala segelintir artis merasa sedih pendapatan mereka terjejas kerana krisis COVID-19 dan meminta bantuan khas kerajaan, pelawak Man Raja Lawak pula melakukan tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban orang ramai.
Man dengan seikhlas hati telah memperuntukkan wang berjumlah RM50,000 hasil dari kemenangannya di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang lalu demi membantu individu yang benar-benar memerlukan.
Pelawak itu berharap bantuan kecil ini dapat dimanfaat sebaiknya dan mengalu-alukan mereka yang memerlukan bantuan itu menghantar mesej peribadi (DM) di akaun Instagramnya.
Bagi berlaku adil, Man berkata dia terlebih dahulu akan meneliti setiap permohonan agar individu yang benar-benar layak sahaja boleh menerima bantuannya. Sekiranya tiada sebarang respons bermakna permohonan mereka gagal.
Tiada siapa yang memahami bagaimana orang susah cuba untuk meneruskan kehidupan ketika ini. Terima kasih kepada Man kerana begitu ikhlas ingin membantu mereka yang memerlukan. Boleh menjadi contoh buat artis serta orang lain di luar sana.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments