Pendedahan usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa mengenai perceraiannya di laman Instagram semalam mengundang pelbagai persoalan dan kecaman netizen. Ada pula yang menuduhnya seakan sengaja ingin membuka aib bekas isterinya, Noor Azlin.
Namun, menurut Alha dia sudah mendapat persetujuan dari bekas isteri untuk menulis perkara sebenar mengenai status rumah tangga mereka. Mungkin tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, dia bertindak untuk memadam status berkenaan tidak lama kemudian.
“Ini kelebihan aku. Aku bukan melacur, aku bukan merompak”
Apa yang berlaku antara dia dan bekas isteri adalah ketentuan takdir, Alha meluahkan rasa hati bagi menjawab segala tuduhan dan salah faham mengenai kerjayanya sebagai jurusolek.
“Kalau nak kata aku buka aib pun lantak pi lah”
Alha juga meluahkan rasa kecewa apabila segala kebaikan yang pernah dilakukannya tidak dilihat. Malah, usahawan kosmetik itu juga menyatakan dirinya difitnah oleh orang yang disayangi.
Terdahulu, Alha berkata perbezaan usia serta penerimaan bekas isteri terhadap kerjayanya berubah selepas mereka berkahwin antara punca mahligai yang dibina selama enam bulan musnah. Sering berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan tekanan emosi.
Alha dan Azlin mendirikan rumah tangga pada 28 September lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments