Baru-baru ini, isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Erin, didakwa atas pertuduhan menipu pelanggan berhubung urusan sijil halal dan KKM bagi produk jamu.
Berkongsi cerita saat dia ditahan, Erin berkata pengalamannya yang terpaksa tidur di dalam lokap masih segar dalam ingatan dan tidak mungkin boleh dilupakan. Ketika itu, dia ibarat berada dalam neraka dunia.
Pengalamannya itu seakan menjadi gambaran kepada kehidupan di akhirat kelak sehingga membuatkan Erin lebih takut untuk melakukan dosa.
Terdahulu, Erin terpaksa tidur selama dua malam di dalam lokap ketika ditahan reman bagi siasatan lanjut berkaitan kes dia dituduh menipu berkaitan sijil halal. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula dengan diikat jamin RM4,000.
Dia mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan jika didapati bersalah, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments