Sejak minggu lalu, ramai artis yang begitu lantang bersuara meminta pihak kerajaan memberikan mereka bantuan khusus akibat pendapatan terjejas dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, ada juga perbalahan di kalangan selebriti sendiri yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Apa yang berlaku sedikit sebanyak telah “mencalarkan” imej penggiat seni tanah air. Susulan itu, pengarah Mamat Khalid tampil bersuara mengena isu tersebut.
Mamat menempleak sikap segelintir artis yang selama ini suka berkongsi gaya hidup mewah serta barangan berjenama di media sosial. Sebenarnya tindakan mereka itu memakan diri sendiri dan dikecam teruk ketika krisis COVID-19.
Tayang semua di media sosial, tanggunglah bila dikecam
Teguran dan pendapat daripada seorang yang begitu berpengalaman dalam bidang seni. Tidak dinafikan, selama ini pada pandangan masyarakat artis ini mempunyai kelas tersendiri dan tidak perlu dibantu kerana sering menayang kemewahan di media sosial.
Mungkin selepas ini boleh lebih bersederhana agar tidak mengundang kritikan ramai dan salah faham.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments