Minggu lalu, nama pelakon baru Syifa Melvin cukup hangat diperkatakan. Belum reda dengan isu dia dipercayai menjadi punca prestasi pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid merudum, dia juga telah membangkitkan kemarahan netizen apabila mengeluarkan kenyataan didakwa menghina penduduk rumah setinggan dan PPRT.
Enggan terus mengeruhkan keadaan, Syifa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun Instagramnya dan berkata kenyataannya itu sudah disalah erti oleh netizen.
Menurut Syifa, tidak mungkin dia akan menghina golongan tidak berkemampuan kerana dia juga bukan dari keluarga kaya.
Terdahulu, menerusi video yang viral di laman Twitter, Syifa ketika mempromosikan sebuah koleksi turban eksklusif sambil seorang rakan sedang menggayakan produk itu untuknya berkata, sesiapa sahaja yang memakai turban itu secara automatik akan nampak mewah walaupun mereka hanya duduk di rumah setinggan dan PPRT.
Rata-rata netizen bengang dengan kata-kata Syifa yang disifatkan biadab kerana merendahkan golongan yang tidak berkemampuan. Ada juga yang mengkritik sikap bongkaknya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments