Beberapa bulan lalu, kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah cukup hangat diperkatakan dan sehingga kini status jantinanya masih menjadi pertanyaan ramai.
Selepas pelantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ramai mempunyai harapan tinggi agar beliau dapat menyelesaikan isu identiti Sajat yang kini dirujuk ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah Amin juga berharap Dr Zulkifli boleh menyelesaikan kemelut identiti usahawan kosmetik tersebut agar tidak membiarkannya terus berani mempersendakan agama Islam.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan sebelum ini Dr Zulkifli mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki, namun sukar untuk mendapat pengakuan rasmi daripada empunya badan.
Terdahulu, Sajat berkata dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identitinya dengan pihak berkuasa, bagaimanapun alasan diberi kesnya itu berprofil tinggi. Malah, dia turut mendakwa pihak JAKIM tidak membantunya dengan memberi panduan yang betul dalam urusan pemeriksaan perubatan berkaitan isu identiti diri.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments