Setiap orang pasti ada kisah silam tersendiri, mungkin ada kisah yang masih lagi menghantui diri setiap detik meskipun sekuat mana kita cuba untuk melupakannya. Begitu juga dengan pelakon Ammar Alfian yang mengakui dia pernah membuat kesilapan sehingga ada pihak yang menggunakannya untuk menyebarkan fitnah dan menjejaskan periuk nasinya.
Memuat naik foto ketika membuat ukiran tatu pada badannya beberapa tahun lalu selepas mengalami episod putus cinta, Ammar memohon keampunan dan redha dengan ujian serta takdir yang sudah ditentukan Allah SWT buat dirinya.
Apa yang sudah terjadi sebelum ini pasti tidak boleh diputar balik dan menurut Ammar masa depan seseorang itu tidak bergantung kepada kesilapan yang berlaku pada masa lampau.
Terdahulu, Ammar terpalit kontroversi panas apabila tular satu video lucah didakwa mirip seorang pelakon lelaki. Meskipun tiada bukti kukuh, netizen mula membuat spekulasi menuduh Ammar dan mengaitkannya dengan video tersebut berdasarkan ukiran tatu di bahagian badan serta bentuk badan yang sasa.
Tidak berdiam diri, Ammar tampil menafikan dakwaan tersebut dan turut menyertakan bukti bahawa lelaki di dalam video tersebut bukan dirinya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments