Hangat diperkatakan apabila pihak Hospital Putrajaya baru-baru ini telah membuat laporan polis terhadap dua selebriti, Dayangku Intan dan Azwan Ali atas penularan dua video yang telah menjejaskan imej hospital itu dan memperlekehkan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19.
Tidak menyangka apa yang dikatakan mengguris hati ramai pihak, Azwan atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang tersinggung dengan kata-katanya.
Azwan berkata dia mahu menebus kesilapannya dengan menjamu rendang air tangannya kepada petugas hospital berkenaan.
Dalam pada itu, Azwan berharap pihak Hospital Putrajaya menerima pemohonan maafnya itu dan dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.
Terdahulu, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara itu yang memuat naik semula kenyataan penyanyi Dayangku Intan yang mendakwa mendapat layanan kurang memuaska oleh petugas hospital berkenaan pada pertengahan Mac lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments