#Hiburan: Kes COVID-19 Makin Teruk, Aishah DIY Pelindung Muka

Gelombang kedua wabak COVID-19 benar-benar menakutkan kerana hari demi hari kes positif wabak tersebut di Malaysia semakin meningkat. Lebih membimbangkan, bekalan topeng muka semakin berkurangan dan kalau ada pun pasti harganya sangat mahal.

aishah diy pelindung muka

Mengambil langkah berjaga-jaga, penyanyi Aishah membuat sendiri pelindung muka seperti yang dilakukan oleh rakyat negara China sebelum ini untuk memastikan diri selamat daripada jangkitan virus tersebut.

 

Menerusi Instagramnya, penyanyi itu berkongsi cara membuat pelindung muka menggunakan botol air.

aishah diy pelindung muka

Menurut Aishah, idea tersebut tercetus selepas rakan baiknya dikenali sebagai Dr Nazlin, membuat posting di Whatsapp memberitahu dia mencari plastik pembalut buku untuk dijadikan pelindung muka.

Aishah berkata,  ideanya mula timbul untuk mencipta pelindung muka sendiri apabila terpandang botol air kosong ketika hendak membuang sampah.

aishah diy pelindung muka

aishah pelindung muka aishah diy pelindung muka

Mungkin ada yang merasakan idea itu agak lawak tetapi siapa tahu ia mampu melindungi kita? Sebenarnya tak adalah pelik pakai macam itu untuk perlindungan diri. Semoga kita semua selamat dan paling penting patuh juga arahan kerajaan untuk duduk di rumah.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments