Nama Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah lekang dengan kontroversi, namun dia tidak serik dikecam dan dilabelkan sebagai seorang ‘attention seeker’. Padanya, mungkin ia sebagai satu strategi untuk membuatkan namanya terus popular dan secara tidak langsung melariskan lagi produknya.
Sudah lama berdiam diri apabila anaknya melakukan pelbagai perkara yang hanya membangkitkan kemarahan ramai, baru-baru ini Bonda Rozita Ibrahim tampil membuat teguran secara terbuka buat Aliff menerusi akaun Instagram.
Agak sebak apabila Rozita berkata ” kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak, keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak”. Betapa sedihnya hati seorang ibu apabila anaknya berkelakuan tidak sepatutnya sehingga ada melabelkannya tidak pandai jaga anak.
“Letih, sesak dada mak dah. Tolong kasihankan maruah kami” – Rozita
Dia berasa kesal Aliff terus mencetuskan kontroversi dan terbaru memuat naik video tangisan ‘darah’ bagi mempromosikan single terbarunya. Harapannya cuma satu, Rozita mahu anaknya berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga.
Sudah puas menegur secara baik dan kasar, dia tidak tahu apa lagi ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyedarkan Aliff. Rozita berkata, dia sudah tidak sanggup menanggung malu atas sikap anaknya itu.
Rata-rata netizen turut merasa sebak mendengar luahan tersebut serta bersimpati dengan nasib Rozita dan memahami perasaan seorang ibu yang hatinya disakiti.
Ibu mana yang tidak sayangkan anak, setiap teguran itu tujuannya adalah demi memastikan anaknya menjadi seorang insan yang lebih baik. Jangan terus membiarkan hati ibu terluka sehingga parah, berubahlah demi kebaikan semua pihak.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments