Selepas hampir enam bulan hidup bersama, usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa mengesahkan bahawa dia dan isteri, Noor Azlin Ismail kini sudah bercerai.
Mereka sepakat untuk berpisah secara baik selepas masing-masing merasakan sudah tidak lagi serasi untuk meneruskan kehidupan bersama.
“Saya tak mahu dia kemurungan, cederakan diri sendiri” – Alha Alfa
Menurut Alha, terlalu banyak dugaan yang melanda termasuk penerimaan bekas isterinya terhadap kerjayanya juga berubah selepas mereka berkahwin. Sering berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan tekanan emosi.
Alha turut memuat naik foto menampakkan kesan calar pada dadanya ketika dia bergelut dengan Azlin bagi menghalang bekas isterinya itu mencederakan dirinya.
Menurutnya, dia tidak boleh meninggalkan bidang solekan yang sudah menjadi mata pencarian hidupnya dan perpisahan ini adalah jalan terbaik buat mereka.
Terdahulu, Alha dan Azlin mendirikan rumah tangga pada 28 September lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments