Disaat insan lain lena diulit mimpi, petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat serta petugas kesihatan di hospital terus setia menghayun langkah melakukan yang terbaik untuk merawat pesakit dan menjadi benteng hadapan bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia.
Melihat pengorbanan petugas perubatan yang bertungkus lumus merawat pesakit di hospital, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil memberikan sumbangan KFC kepada mereka.
Menerusi akaun Instagramnya, Ustaz Ebit memuat naik video pendek ketika dia membeli makanan dan kemudiannya diedarkan kepada petugas di Hospital Sungai Buloh.
Menurut pendakwah itu, petugas perubatan telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan penuh dedikasi meskipun terdedah dengan pelbagai risiko yang mampu mengancam nyawa mereka. Pada masa yang sama, Ustaz Ebit mendoakan agar mereka yang berhadapan dengan situasi terus kekal tabah dan kuat.
Mereka tidak mengharapkan apa-apa pujian, jauh sekali ganjaran dan anugerah. Hanya menjalankan amanah dengan penuh jujur, ikhlas dan dedikasi. Terima Kasih seluruh warga petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan membanteras COVID-19. Anda adalah wira buat seluruh rakyat Malaysia.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments