Kemelut rumah tangga pelakon, Ammar Alfian memasuki episod baharu apabila isterinya, Nelissa Nezam memberitahu bahawa dia nekad dengan keputusan untuk berpisah dengan suaminya dan sudah memfailkan tuntutan cerai pada Januari lalu.
Nelissa akui dia merasa lebih lega membuat keputusan tersebut dan kini ingin fokus membina kehidupan baharu bersama anak lelakinya, Kyro Shakur.
Saya boleh katakan sekarang saya sedang melalui fasa ‘single parenting’. Pada Januari lalu saya sudah failkan tuntutan perceraian dan ia masih dalam proses untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan dokumen dan hak penjagaan anak.
Tidak banyak yang boleh saya kongsikan secara lebih terperinci kerana ia melibatkan proses mahkamah. Saya masih menunggu dan harap-harapnya boleh selesai dengan cepat.
Menurut Nelissa, sepanjang bergelar isteri kepada Ammar dia telah banyak berkorban dan memberikan segalanya dalam perkahwinan mereka tetapi apa yang dilakukan seakan tidak ada maknanya dan wanita itu mengakui bahawa dia tidak dapat memperoleh sesuatu yang diinginkan daripada suaminya itu. Dia pada masa yang sama menegaskan tidak akan memberi peluang lagi kepada Ammar.
Sebagai seorang isteri saya mahukan sesuatu daripada suami saya dan saya tidak memperolehinya sepanjang perkahwinan, jadi kita teruskan hidup seadanya. Mungkin pilihan saya kepada individu yang salah sebenarnya. Saya bersedia untuk ‘move on’ sekarang.
Terdahulu, rumah tangga pasangan ini bergolak apabila Ammar didakwa berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain semasa Nelissa sedang sarat hamil enam bulan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments