Pemergian Abam rentap separuh jiwa adiknya, Ali Puteh yang sama-sama susah dan senang mencari rezeki membina nama dalam industri hiburan demi menyara keluarga.
Genap sebulan pelawak itu meninggal dunia, Ali menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto kenangan bersama ketika zaman kanak-kanak dan turut meluahkan rasa betapa rindunya dia dengan abang tercinta. Masih tersimpan segala momen-momen pahit manis ketika mereka membesar.
Ramai juga yang mengutuskan ucapan takziah dan memanjatkan doa ke hadrat Allah semoga arwah ditempatkan rohnya bersama golongan beriman dan beramal soleh.
Namun, ada juga netizen yang menyifatkan luahan Ali itu sekadar mahu mencari perhatian serta meraih simpati.
Malah, ada yang terkejut dengan tindakan Ali yang membalas komen jujur yang ditulis netizen dengan cara kasar sehingga ada yang melabelkannya seorang yang panas baran.
Bukan mudah untuk menerima hakikat dan meneruskan kehidupan apabila kehilangan orang tersayang. Mungkin sahaja Ali masih tertekan apatah lagi dihimpit kontroversi kemelut bersama kakak iparnya yang sehingga hari ini masih belum selesai. Kita tiada ditempatnya, mungkin hatinya masih rapuh jadi janganlah terlalu cepat menghukum. Doakan yang baik-baik sahaja.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments