Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial apabila ada beberapa artis berharap agar pihak kerajaan tidak meminggirkan mereka dan memberikan bantuan khusus ekoran “periuk nasi” mereka terjejas apabila program hiburan terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan serta merta susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, berbeza pula bagi pengacara Jimmy Shanley yang mengatakan walaupun dia bukanlah seorang selebriti terkemuka, namun dia tidak meminta bantuan daripada kerajaan.
Malah, Jimmy menawarkan pula bantuan untuk mereka yang lebih memerlukan terutama sekali ibu tunggal.
Kenyataan terbuka dan pendirian Jimmy itu mendapat respon positif serta pujian daripada netizen.
Ada yang menyarankan Jimmy membantu pula golongan selebriti yang meminta bantuan.
Dalam pada itu, ramai berharap apa yang dilakukan oleh Jimmy ini dapat memberikan contoh kepada artis lain.
Terdahulu, rata-rata netizen berpendapat adalah lebih baik untuk memberikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan berbanding artis yang mempunyai kehidupan mewah dan berduit.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments