Kecoh berita mengenai seorang usahawan kosmetik didakwa memukul anak angkatnya berusia dua tahun dalam satu kejadian yang berlaku pada 28 Februari lalu. Suspek didakwa memukul anak angkatnya di bahagian muka menggunakan tangan kerana ingin merakam gelagatnya sedang menangis untuk tujuan publisiti.
Malah, viral di media sosial satu salinan laporan polis yang tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya, Ameena.
Sehingga kini dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen gara-gara didakwa memukul kanak-kanak itu.
Sengaja cubit Ameena untuk raih tontonan tinggi
Rata-rata netizen spekulasi Aliff sengaja mencubit Ameena agar videonya itu mendapat tontonan tinggi di YouTube dan meraih keuntungan.
Meskipun pelbagai spekulasi liar timbul, Aliff bagaimanapun sehingga kini tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung kontroversi tersebut. Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, isterinya Datin Seri Nur Shahida berada di Tanah Suci Makkah bersama anak-anak mereka untuk menunaikan ibadah umrah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments