Kesan wabak COVID-19 dari sudut ekonomi dirasai di seluruh dunia dan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, tidak dinafikan banyak pendapatan rakyat negara kita akan terjejas.
Berbicara mengenai situasi itu, penyanyi Black Hanifah turut menyatakan “periuk nasi” penggiat seni tempatan juga terjejas dan berharap agar pihak kerajaan tidak meminggirkan artis yang selama ini banyak membantu negara dengan memberi bantuan khusus.
Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit.
Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.
Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.
Kami pasti pihak kerajaan telah cuba yang terbaik untuk membantu rakyat yang pendapatannya terjejas akibat COVID-19. Apa yang penting, buat masa ini kita patuhi sahaja PKP agar dapat memutuskan rangkaian virus tersebut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments