Penularan wabak COVID-19 semakin mengganas dan disebalik keadaan yang membimbangkan sekarang, barisan hadapan yang paling banyak berkorban tenaga pastinya pasukan perubatan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa penghidap virus berkenaan. Ada yang perlu berada di khemah khas dan terpaksa bekerja dalam keadaan panas.
Peka dengan keadaan tersebut dan ingin menjaga kebajikan pasukan perubatan yang bertugas, usahawan popular, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadza Anuar telah menyumbangkan penghawa dingin mudah alih kepada pihak Hospital Serdang.
Sumbang penghawa dingin untuk kakitangan dan sukarelawan di hospital
Menurut Vivy, dia berbesar hati untuk menyumbangkan penghawa dingin tersebut kerana prihatin terhadap kerja keras serta pengorbanan kakitangan hospital merawat pesakit positif COVID-19.
Tambahnya lagi, untuk permulaan sumbangan ini diserahkan kepada Hospital Serdang dan lebih banyak bantuan lagi akan disalurkan kepada beberapa lagi hospital.
“So proud of you”
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan respon positif dengan memuji usaha murni usahawan tersebut. Mendoakan agar Vivy dan suaminya terus sukses dan dimurahkan rezeki.
Bagusnya Vivy sudi berkongsi rezeki dan memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Jutaan terima kasih juga buat para doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang terus komited dalam memberikan perkhidmatan ketika krisis COVID-19. Andalah wira buat semua rakyat Malaysia.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments