Pelakon Yana Samsudin berkongsi berita duka kehilangan satu-satunya adik lelakinya, Allahyarham Muhammad Fahmi Harith yang meninggal dunia dalam tidur petang semalam.
Betapa sebaknya hati seorang kakak apabila Yana mengatakan adiknya itu baru sahaja ingin merasa nikmat bergelar bapa selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Lebih menyedihkan, isterinya sedang berpantang di Sarawak ketika arwah menghembuskan nafas terakhir.
Pada masa sama, Yana turut menyatakan bahawa sebolehnya dia cuba mengelak untuk baca berita-berita kematian kerana tidak dapat membayangkan jika perkara sama berlaku kepadanya dirinya apatah lagi kepada ahli keluarga tersayang.
Yana juga terkilan serta sedih kerana adiknya meninggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan sebarang pesanan.
Harapnya Yana sekeluarga tabah dengan ujian ini. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments