Tidak dinafikan ‘saham’ pemain bola sepak di Malaysia memang tinggi dan banyak juga selebriti yang menjalin hubungan serta mendirikan rumah tangga dengan pemain-pemain bola sepak negara.
Walaubagaimanapun, terbaru Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampaknya sudah hilang sabar dengan prestasi merudum bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT). Sudah hilang fokus di atas padang kerana mempunyai masalah peribadi dengan teman wanita.
Malah, TMJ turut ‘sound’ teman wanita pemain tersebut agar tidak terlalu kemaruk untuk berkahwin.
Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin
TMJ turut menunjukkan bukti perbualan bersama pemain tersebut yang mengakui dirinya dikawal oleh teman wanita. Mendesaknya untuk berkahwin.
Nama Syifa Melvin dikaitkan?
Meskipun tidak menyebut mana-mana nama, netizen spekulasi bahawa sindiran itu ditujukan kepada Syifa Melvin berikutan gambaran yang ditunjukkan oleh TMJ menerusi pangkal huruf nama di dalam luahannya di Instagram Stories.
Umum mengetahui pelakon itu sedang hangat bercinta dengan Safawi Rasid dan pemain JDT tersebut juga dikatakan pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu.
Dalam pada itu, TMJ memberi amaran tegas agar pemain JDT berkenaan segera mempertingkatkan prestasinya atau kemungkinan disingkirkan daripada pasukan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments