#Hiburan: (VIDEO) Individu Kongsi Keadaan Semasa Cameron Highland, Netizen Risau Tanah Runtuh Semakin Teruk

Sedia maklum, satu insiden yang berlaku di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highland mengorbankan dua individu apabila kereta yang dinaiki tertimbus akibat tanah runtuh telah membuatkan ramai pihak terkejut.

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan keadaan semasa jalan di sekitar Cameron Highland dan menurut individu yang merakam video tersebut, Zarnizar mendakwa jalan di kawasan itu boleh dikatakan berada dalam keadaan yang bahaya jika ingin dikunjungi.

Advertisement

Pesan pada kawan dan keluarga, jangan datang Cameron Highland buat masa sekarang.

Dalam pada itu, individu ini turut berkata dia berjumpa 30 hingga 40 kesan tanah runtuh di sekitar jalan raya dari Cameron Highland hingga ke Tapah dan di dalam video terbabit terlihat keadaan jalan raya di situ yang dipenuhi dengan tanah.

Jejaka ini turut menasihati orang ramai agar menangguhkan buat sementara waktu niat untuk bercuti di kawasan itu memandangkan keadaan disana yang baru saja dilanda banjir dan kurang selamat untuk melaluinya.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan perasaan risau serta takut apabila melihat keadaan semasa kawasan yang menjadi tumpuan utama orang ramai sebagai destinasi bercuti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Khairy J
3 hari lalu

"Kes Varian Omicron Pertama Telah Dikesan Di Malaysia" - Khairy Jamaluddin

The post (VIDEO) Individu Kongsi Keadaan Semasa Cameron Highland, Netizen Risau Tanah Runtuh Semakin Teruk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments