#Hiburan: Sibuk Dengan Kerja, Hubungan Dua Lipa Dan Anwar Hadid Dilanda Krisis

Penyanyi antarabangsa, Dua Lipa dan model Anwar Hadid telah menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019. Baru-baru ini hubungan mereka dilanda krisis kerana jarang berjumpa atas sebab kedua-duanya sibuk dengan kerja masing-masing.

Dua Lipa dan Anwar Hadid sering menunjukkan kasih sayang mereka sebagai pasangan, namun sejak kebelakangan ini mereka berdua jarang dilihat bersama.

Advertisement

Menurut laporan The Sun, sumber mengatakan pasangan tersebut sememangnya sibuk dengan kerja dan ia telah memberi kesan kepada hubungan cinta mereka.

Pasangan itu memilih untuk berehat daripada hubungan mereka bulan lepas kerana terlalu banyak mengembara dan berpisah.

Dua dilaporkan sedang merakam album di London dan juga Los Angeles, manakala Anwar pula bekerja di New York.

Hubungan mereka sedang dalam krisis dan nampaknya bermasalah.

Advertisement

Dalam pada itu, baru-baru ini Anwar turut memuat naik hantaran di Instagram yang dianggap sebagai petanda krisis percintaannya apabila dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membimbing langkahnya dan membolehkan dia belajar lebih bahagia dengan dirinya.

Sandra Bullock
1 hari lalu

Rumah Diceroboh Lelaki Tidak Dikenali, Sandra Bullock Dihantui Trauma

The post Sibuk Dengan Kerja, Hubungan Dua Lipa Dan Anwar Hadid Dilanda Krisis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments