#Hiburan: Rumah Diceroboh Lelaki Tidak Dikenali, Sandra Bullock Dihantui Trauma

Pelakon antarabangsa, Sandra Bullock masih dihantui perasaan trauma selepas kejadian rumahnya diceroboh lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian yang berlaku pada 2014.

Walaupun sudah tujuh tahun insiden tersebut berlalu, Bullock masih berasa takut dan mengakui sukar tidur pada waktu malam kerana bimbang kejadian sama akan berulang.

Advertisement

Menurut Bullock, 57, dia mengakui sangat panik dan terfikir mungkin waktu itu menjadi hari terakhirnya hidup di dunia dan akan mati dibunuh lelaki itu.

Saya bersembunyi di satu ruangan dan berasa sangat takut.

Semasa kejadian, Bullock tinggal bersendirian, manakala anaknya, Louis tidak ada di situ kerana bermalam di rumah pembantu peribadinya.

Mungkin hari tersebut menjadi hari terakhir saya hidup. Polis akan menemui mayat saya pada keesokan harinya.

Advertisement

Bullock bagaimanapun terselamat apabila dia sempat menghubungi talian bantuan kecemasan sebelum penceroboh rumahnya diberkas pihak berkuasa.

Namun, lelaki terbabit akhirnya mati kerana membunuh diri sejurus ditangkap.

Jennifer Aniston
4 hari lalu

Demi Kesihatan Bentuk Badan, Jennifer Aniston Hanya Makan Sekeping Kerepek Kentang

The post Rumah Diceroboh Lelaki Tidak Dikenali, Sandra Bullock Dihantui Trauma first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments