#Hiburan: Lagi Kes Salah Guna Jalan Raya, Polis Buru Kumpulan Motosikal ‘Berlagak’ Marshal

Lagi kes penyalahgunaan jalan raya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan satu kumpulan motosikal berkuasa tinggi yang membuat aksi lagak pengawal jalan raya ataupun marshal di jalan awam selepas rakaman tersebut tular di media sosial.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed yang memberitahu bahawa aktiviti itu telah dilakukan di jalan awam sekitar daerah Port Dickson, petang semalam.

Advertisement
Marshal MotosikalSumber : Wapcar  

Menurutnya, rakaman itu memaparkan pengguna motosikal itu memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan bagi memberi laluan kepada sekumpulan motosikal berkuasa tinggi untuk melalui jalan itu.

Sehubungan itu, polis kini sedang memburu individu yang terbabit dalam rakaman video berkenaan dan meminta mereka yang mempunyai info mengenai kejadian agar tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan, seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Advertisement

Aidi Sham dalam pada itu memberi peringatan kepada marshal konvoi kenderaan supaya tidak sewenang-wenangnya memberi apa jua arahan seperti menahan atau memperlahankan kenderaain lain tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis atau juru iring daripada polis trafik.

Pihak polis juga tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pihak yang berlagak seperti ‘polis trafik’ dan mengawal lalu lintas sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

MH370
1 hari lalu

Kehilangan MH370, Penemuan Terbaru Mungkin Akan Menemukan Kembali Pesawat Terhempas

The post Lagi Kes Salah Guna Jalan Raya, Polis Buru Kumpulan Motosikal ‘Berlagak’ Marshal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments