#Hiburan: Enggan Mengenang Kisah Cinta Lama, Afieq Shazwan Nekad Bakar Surat Cinta

Penyanyi, Afieq Shazwan nekad membakar surat kenangan yang pernah diberikan oleh bekas teman wanitanya kerana enggan lagi mengenang kisah cinta lama.

Babak Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros yang membakar surat cinta itu ditunjukkan dalam video muzik (MV) lagu nyanyian semula Layu Dihujung Mekar yang dimuat naik di YouTube sejak 26 November lalu.

Advertisement

Menurut Afieq, 24, surat yang dibakarnya dalam MV tersebut memang betul-betul surat yang diberi oleh bekas teman wanitanya.

Surat itu dah bertahun saya simpan tapi dah tak ada guna untuk disimpan lagi.. semua janji yang ditulis dalam surat itu telah dimungkiri.

Pelakon drama Diari Seorang Suami itu berkata dia tidak mahu lagi mengenang benda lama, dan berharap benda lepas berlalu.

Siapa wanita itu? Biarlah hanya saya yang tahu.

Jelas Afieq, mulanya dia hanya menyanyi sekadar suka-suka sahaja dan tidak menyangka ramai peminat suka nyanyian semula lagu tersebut.

Memandangkan lagu itu ada persamaan dengan kisah saya, jadi feel dan emosi itu memang sampai.

Dalam pada itu, Afieq meluahkan rasa syukur peminat dan pendengar menyukai lagu nyanyian semula itu dan mereka meninggalkan komen positif dan itu sudah cukup menggembirakan dirinya.

Afieq Shazwan
3 minggu lalu

Pernah Ajak Wanita Lebih Berusia Kahwin, Afieq Shazwan Di 'Reject' Mentah-Mentah

The post Enggan Mengenang Kisah Cinta Lama, Afieq Shazwan Nekad Bakar Surat Cinta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments