#Hiburan: Dituduh Buat Pembedahan Bariatrik, Ifa Raziah Tawar RM200,000 Pada Mereka Yang Kemukakan Bukti Kukuh

Personaliti dan usahawan kosmetik kini, Ifa Raziah menerusi sebuah hantaran di Instagram ada menawarkan wang ganjaran berjumlah RM200,000 kepada individu yang boleh membuktikan dirinya telah menjalani pembedahan bariatrik ataupun ‘memotong usus’ untuk kelihatan kurus seperti sekarang.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha membuat tawaran itu setelah ada pihak yang mendakwa dirinya menggunakan jalan pintas untuk mempromosikan produk menguruskan badan yang diusahakan Ifa kini.

Advertisement

Dakwa netizen, Ifa telah melakukan kaedah bariatrik untuk kurus dan bukanlah secara semula jadi dengan mengambil produk yang dijualnya itu.

Saya ingin mencabar orang ramai untuk mendapatkan wang tunai RM200,00 dengan mengemukakan segala bukti kukuh seperti yang didakwa di media sosial.

Kata Ifa, tawaran untuk mengemukakan bukti kukuh itu dibuka sehingga hari Rabu ini dan dia berjanji akan memberikan ganjaran duit secara tunai.

Advertisement

Terdahulu, Ifa pernah meluahkan rasa terkilan dan sedih kerana sering dituduh melakukan prosedur tersebut serta hairan mengapakan masih ada orang di luar sana yang menyimpan hasad dengki terhadap dirinya.

“Saya hanya mengamalkan produk yang diasaskan iaitu Solid Molid selama empat tahun. Ramai yang sakit hati, busuk hati kerana cuba menjatuhkan perniagaan saya.” ujarnya lagi.

Ifa Raziah
5 bulan lalu

Puas Hati Akhirnya Dapat Pfizer, Ifa Raziah Kata Jangan Dengki, Buang Perasaan Jijik

The post Dituduh Buat Pembedahan Bariatrik, Ifa Raziah Tawar RM200,000 Pada Mereka Yang Kemukakan Bukti Kukuh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments