#Hiburan: Alami Simptom Yang Menyakitkan, Wani Kayrie Disahkan Positif COVID-19

Penyanyi dan pelakon Wani Kayrie memaklumkan bahawa dia disahkan positif COVID-19 pada hari Ahad lalu.

Perkara tersebut dikongsikan Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah,21, menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Dia yang kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah turut memberitahu bahawa pengurus peribadinya juga telah dijangkiti wabak pembunuh itu.

Advertisement

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah kan? Sedih untuk saya maklumkan bahawa saya dan pengurus saya telah disahkan positif COVID-19.

Ujar Wani lagi, simptom yang dialaminya kini adalah seperti demam panas, sakit kepala, batuk dan juga selsema namun dia merasai kesakitan yang luar biasa meskipun tidak mengalami kehilangan deria rasa dan bau.

Dalam pada itu, Wani meminta mereka yang pernah menjadi kontak rapat untuk segera menjalani ujian calitan dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Penyanyi lagu Jangan Jangan itu juga sempat memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan turut memohon doa orang ramai agar dirinya kembali pulih dan sembuh seperti biasa.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat Wani Kayrie!

Wani Kayrie
2 minggu lalu

Yakin Hebat Menyanyi & Menari, Wani Kayrie Pilih Genre Pop

The post Alami Simptom Yang Menyakitkan, Wani Kayrie Disahkan Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments