#Hiburan: “Kesukaran Jadi Bapa Tunggal Ialah Emosi” – Shuib Periksa Kesihatan Mental Saban Minggu

Sekejap sahaja masa berlalu, rupanya sudah tiga bulan pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissudin.

Advertisement

Yang paling terkesan sudah pasti ialah suaminya, pelawak Shuib Sepahtu. Kata lelaki itu, masih susah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ayah tunggal.

Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya.

Namun begitu, pelawak itu bersyukur kerana emosi anak-anaknya masih berada dalam keadaan terkawal buat masa ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Biasa berkongsi bersama, kehilangan wanita itu nyata memberikan kesan buat Shuib. Bahkan seperti seluruh dunianya pergi bersama.

Kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia dan begitu juga dengan dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa.

Kongsi Shuib lagi, dia akan menziarahi pusara Siti Sarah pada setiap Isnin dan Jumaat bagi meluahkan perasaannya. Masih lagi berehat, lelaki itu juga masih belum memasuki pejabat selain sudah dua bulan tidak bekerja.

keluarga shuib

Shuib turut mendedahkan bahawa dia sering berjumpa dengan doktor peribadi yang menjaga isterinya dahulu pada saban minggu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita.

Dalam pada itu, pelawak berkenaan turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang baik dan selalu membantu menjaga anak-anaknya.

Semoga Shuib terus kuat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kesukaran Jadi Bapa Tunggal Ialah Emosi” – Shuib Periksa Kesihatan Mental Saban Minggu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments