#Hiburan: Tak Nak Jadi Isteri Kedua, A Aida Sanggup Tolak Lamaran RM20 Juta

Biarpun usianya kini sudah menjengah 50 tahun, namun rupa paras pelakon dan penerbit tersohor tanah air Datuk A Aidi kini masih kekal jelita bak gadis remaja. Tidak kurang juga, dirinya kini akui tetap bersyukur kerana masih mempunyai ramai peminat.

Tak Nak Jadi Isteri Kedua, A Aida Sanggup Tolak Lamaran RM20 Juta

Terbaru, Aida mendedahkan dia dilamar oleh seorang lelaki yang sanggup memberinya RM20 juta jika sanggup menjadi isteri kedua. Bagaimanapun, Aida menolak kerana enggan berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

“Memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang. Malah, ada individu yang ingin melamar dan akan melakukan transaksi wang sebanyak RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia. Saya terpaksa menolak lamarannya itu kerana tidak rela bermadu selain saya juga mempunyai kewangan kukuh.”

Menurutnya, lamaran itu diterima sekitar tiga bulan lalu. Malah mendedahkan jejaka tersebut juga sanggup menambah jumlah wang berkenaan andai masih belum mencukupi.

Tak Nak Jadi Isteri Kedua, A Aida Sanggup Tolak Lamaran RM20 Juta

Namun begitu, segalanya tetap ditolak Aida kerana yakin lelaki yang kaya-raya bukanlah kriteria wajib yang dicari sebagai calon suami.

“Saya lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, tapi dalam pada berkawan saya menjadi semakin terbiasa menjalani rutin kehidupan sekarang. Namun, jika sudah sampai jodoh saya terima. Saya tak cari lelaki kaya, cukuplah jika dia boleh membimbing saya dunia dan akhirat.”

Sebelum ini, Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994, namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 2003. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha.

Tak Nak Jadi Isteri Kedua, A Aida Sanggup Tolak Lamaran RM20 Juta

Malah Aida sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun tetap juga berpisah pada 2013. Mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Rahul. Terbaharu, Aida melangsungkan pernikahan dengan pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai 2018, namun jodoh pasangan ini tidak berpanjangan apabila kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai 10 bulan kemudian.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments