Meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang sanggup membuat akaun palsu di media sosial bagi menyembunyikan identiti sebenar, pengacara Nabil Mahir tidak menafikan golongan tersebut menggunakan pendekatan itu sekadar mahu menghentam pengguna lain semata-mata.
Katanya lagi, ramai dalam netizen khususnya di laman Instagram dilihat kerap menggunakan soal agama demi mahu mencaci hina dirinya.
“Ramai di Instagram ini, suka caci orang pasal agama, tapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga. Kelakar, ramai yang sampai sanggup buat akaun palsu sekadar nak kutuk maki. Seronok ke?”
Luahan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakannya memuat naik sekeping foto berpelukan bersama tunangnya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat baru-baru ini.
Susulan gambar panas tersebut mendapat perhatian netizen, ruangan komen di posting tersebut kemudiannya tidak lekang dipenuhi dengan kritikan netizen.
Namun begitu, Nabil pada masa sama tampil memohon maaf atas segala kekurangan dirinya.
“Maafkan saya terlebih terkurang, kita manusia sama, harap diampunkan. Saya doakan kepada semua moga apa-apa masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan. Amin.”
sekadar informasi, Nabil dan Ayda telah selamat mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Bagaimanapun, sehingga kini. Kedua-dua mereka dilihat masih merahsiakan tarikh pernikahan mereka.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments