Mendedahkan beliau pernah ditipu sejumlah wang yang nilainya mencecah ribuan ringgit oleh kawan baik sendiri, selebriti Bella Astillah aku meskipun bernasib malang, namun dirinya tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa.
Menurut Bella, berkat kesabaran menempuh segala dugaan yang membelenggu dirinya, kini seakan mampu menghembus nafas lega apabila rezekinya kini bagai tidak putus-putus dikurniakan Illahi.
“Dulu saya pernah kena tipu beribu juga, lagi-lagi dengan kawan baik sendiri. Tapi Alhamdulillah doa orang teraniaya Allah s.w.t makbulkan. Tapi berkat sabar dan doa, Alhamdulillah sekarang rezeki yang Allah s.w.t bagi tak putus-putus.”
Menerusi posting yang berbeza, kakak kepada penyanyi Didi Astillah ini juga tampil mendedahkan beliau pernah menerima banyak kiriman mesej daripada peminat yang mengatakan mereka telah ditipu oleh sebuah akaun Instagram yang dulunya pernah mendapatkan khidmat review daripadanya.
“Saya pernah ‘review’ sekali sahaja dengan Aries Gadget, masa tu pada bulan 3. Selepas saya buat IG Stories dah dapat merasakan ‘something fishy’. Tak pernah lagi orang paksa untuk buat review, rupanya dia ‘scammer’.’
Ujar Bella, susulan kejadian, beliau dilihat turut menzahirkan rasa kecewa dan bersimpati dengan mangsa yang ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut.
“Tapi satu ja kita punya kehidupan ini macam roda sedang berputar. Kadang kita kat atas, kadang kat bawah. Orang yang cari rezeki macam ni, rezeki tu tak akan kekal dan mungkin dia akan terkena balik.”
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments