#Hiburan: Muncul Dengan Pakaian Dedah Lutut, Penampilan Mimi Lana Di MeleTOP Ditegur Netizen

Umum mengetahui bahawa pelakon Mimi Lana merupakan seseorang yang tidak takut untuk berpakaian mengikut citarasanya sendiri. Bahkan kalau menjengah ke laman Instagram wanita itu, banyak sahaja fesyen unik yang digayakan olehnya dalam kehidupan seharian.

Baru-baru ini, wanita tinggi lampai itu telah menghiasi rancangan ‘MeleTOP’ sebagai pengacara jemputan di samping Nabil Ahmad. Tidak sangka ramai rupanya yang tidak senang dengan penampilan dikenakan oleh Mimi Lana pada malam itu.

 

View this post on Instagram

 

Dah start dah guys!!!! Pertama kalinya @missmimilana bergandingan dengan @nabilzira? #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Tampil dengan gaun paras lutut dihiasi corak abstrak, kebanyakan netizen meninggalkan komen meminta supaya pihak produksi lebih peka terhadap pemakaian pengacara memandangkan rancangan itu ditonton oleh pelbagai lapisan umur.

penonton tegur pakaian mimi lana penonton tegur pakaian mimi lana penonton tegur pakaian mimi lana

Bahkan perkara ini bukan sahaja dibangkitkan pada entri rasmi program ‘MeleTOP’, malahan komen yang sama turut ditinggalkan pada entri yang dimuat naik oleh Mimi Lana di laman Instagram miliknya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

Thank you @meletop for having me . Maafkan saya kalau ada salah dan silap . I had fun tonight ?

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Pun begitu, pelakon wanita tersebut sepertinya menerima teguran yang ditinggalkan pengikut selain berjanji akan lebih menjaga penampilannya pada masa akan datang.

penonton tegur pakaian mimi lana penonton tegur pakaian mimi lana penonton tegur pakaian mimi lana

Bagusnya Mimi Lana sebab boleh terima teguran dengan hati yang terbuka, semoga terus muncul dalam banyak program hiburan lagi selepas ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments