Biarpun tidak lagi reda kisah saman-menyaman melibatkan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Nor Hidayah sekitar minggu lalu, kini kembali hangat apabila Ali khabarnya tampil menjemput netizen yang tidak berpuas hati untuk bersemuka dengannya.
Perkara itu tercetus selepas netizen terus mengecam dan menyalahkan tindakan Ali membalas saman terhadap kakak iparnya.
Menerusi entri di laman Instagram miliknya, Ali tidak ketinggalan memuat naik gambar alamat rumah yang tertera di kad pengenalan miliknya. Malah, beliau juga turut membalas komen netizen dengan mengatakan jika tidak tahu hal sebenar tidak perlu masuk campur.
“Jemput tuan tuan dan puan puan.”
Dedah Ali, andai ada perkara yang hendak dibincangkan susulan segala perkara yang berlaku, pihak netizen boleh menjenguknya secara depan-depan dan tidak perlu menambah dosa mencaci hina di laman sosial.
Terdahulu, Ali mengejutkan ramai pihak apabila beliau bertindak mengemukakan saman balas kepada Hidayah namun mengakui perkara itu dilakukannya bukan disebabkan harta tetapi untuk membersihkan nama dan imej keluarganya yang tercemar berikutan kontroversi yang berlaku. Bagaimanapun, beliau juga langsung tidak menyesal kerana apa yang dilakukan adalah untuk maruah keluarga.
Sekadar informasi, Hidayah terlebih dahulu memfailkan saman terhadap Ali serta keluarganya. Menurut pihak Hidayah, saman itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments