#Hiburan: Kongsi Gambar Cucu Pertama, Penerbit David Teo Dah Bergelar Datuk

Penerbit filem terkenal, Datuk David Teo telah berkongsi berita gembira kepada umum apabila dia kini sudah bergelar datuk setelah menimang cucu pertamanya, semalam.

David Teo dilihat telah mengumumkan berita gembira itu menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, dia telah memuat naik sebuah foto dan turut memaklumkan bahawa anakanya, Ruby Teo telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

“Selamat datang #CUCUKU. Nanti ikut atok #bertiktok. @janelim @ruby_bebe @migonline Mawar merah warna hati, syukur dapat cucu perempuan secantik ini,”

Dalam pada itu, isteri Datuk David Teo, Jane Lim turut meluahkan rasa gembira dengan kehadiran cucu sulungnya itu.

View this post on Instagram

Menunggu waktu emas #mammybaby ,Atok tak sabar ini ???????Boy or gril ? @janelim169 @ruby_bebe

A post shared by David Teo (@davidteo99) on

Ketika meninjau ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat tampil mengucapkan tahniah  kepada David Teo dan siteri atas kelahiran cucu pertama pasangan ini. Tahniah diucapkan!


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments