#Hiburan: Baru Saja Buat ‘Channel’ Youtube, Ben Amir Terima Kejutan Hadiah Iphone 11 Dari Kelab Peminat

Pelakon yang popular dengan drama ‘Sweet Dreams’, Ben Amir meluahkan rasa terkjut dan gembira apabila menerima hadiah istimewa daripada kelab peminatnya, @benamirofficialfc.

Dia yang baru saja melancarkan ‘channel’ Youtube miliknya dikhabarkan telah menerima kejutan berupa telefon pintar Iphone model 11 Pro Max daripada peminat setia.

View this post on Instagram

Nak launch Youtube Channel tapi dapat iPhone pulak ? You guys memang awesome ! Thank you so much for the love and support, I really appreciate it !! No words, speechless dari semalam. Don’t forget to subscribe my YouTube Channel for more updates ! I will post more about my activities, passions, behind the scenes of upcoming drama/films and many more. Stay tuned !

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

“Nak launch Youtube Channel tapi dapat Iphone pulak. You guys memang awesome! Thank you so much for the love and support, I really appreciate it.”

Dalam pada itu, Ben Amir turut sempat mempromosikan saluran Youtube-nya itu kepada orang ramai menerusi entri terkini di Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Coming Soon ! #SangPewaris #TV3

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Malah, aktor yang kini berusia 30 tahun ini berjanji sentiasa mengemas kini saluran Youtube itu dengan pelbagai isi kandungan seperti aktiviti seharian, di sebalik tabir drama atau filem yang dibintanginya dan pelbagai lagi.

Perkembangan terkini, Ben Amir kini dilaporkan sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri, Sang Pewaris.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments