Meskipun beberapa kali gagal dalam perkahwinan, vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi mengakui dia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi. Ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri juga bukannya biasa-biasa, kalau boleh mahu seorang wanita kuat pegangan agama dan memakai purdah.
Sebenarnya untuk jatuh cinta lagi bukan suatu perkara yang mudah. Namun jika ditakdirkan saya berkahwin sekali lagi kalau boleh saya mahu yang lebih baik dan kuat pegangan agama serta berpurdah. Saya tahu bukan mudah nak cari wanita berpurdah pada masa kini, tapi kalau boleh saya memang nak wanita berpurdah sebab saya tak nak dedahkan dia kepada umum.
Tapi apa-apa pun yang penting, saya harap jika saya berkahwin lagi, ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya tak nak perkara sama berulang lagi.
Radhi disahkan bercerai dengan isterinya, Nur Syahira Ayu Zahiri pada 25 Mac lalu. Pasangan ini berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyahdan Muhammad.
Terdahulu, dia juga pernah berkahwin dengan, Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdhi Muslim.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments