Sebelum ini, pengarah drama telemovie ‘My Sweet Heart Hannan’ iaitu Adam Hamid mendakwa dirinya telah ditendang oleh seorang pelakon lelaki iaitu Hafidz Roshdi.
Sehubungan dengan itu, Hafidz yang juga pelakon utama drama terbabit tampil memberi kenyataan mengenai tuduhan itu.
Menurutnya, insiden berkenaan hanyalah salah faham dan telah diselesaikan dengan cara yang baik.
Dia yang juga bekas finalis Hero Remaja menyifatkan kejadian itu sebagai perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan isunya.
View this post on Instagram
View this post on InstagramCALLTIME pukul 9am Tapi kenapa pukul 7.45am Abe dah sampai set ? . #MySweetheartHannan #DirectorLife
“Kamu dah okey dan ianya sudah diselesaikan dengan baik. Tiada apa yang perlu diperbesarkan pun, ianya hanya salah faham,”
Untuk rekod, Adam Hamid sebelum ini mendakwa dia telah ditendang oleh Hafidz ketika berada di set penggambaran drama terbabit. Namun dalam kenyataan yang diberikan kepada Harian Metro, Adam telah menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu dirinya hanya ditolak oleh pelakon tersebut sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan set lokasi.
Sumber : Media Hiburan
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments