#Hiburan: Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Ditolak Mahkamah Dengan Kos RM5,000

Meluahkan rasa syukur apabila mahkamah menolak saman komital jururawat terhadap anak guamnya dengan kos RM5,000, peguam Linda Rafar, Nurul Hafidzah Hassan kini bagai mampu menghembus nafas lega.

Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Ditolak Mahkamah Dengan Kos RM5,000

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Hafidzah menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman instagramnya.

Kata Hafidzah, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah buat Linda serta menitip ucapan terima kasih  kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan mereka dan berharap kemenangan pada kes susulan.

View this post on Instagram

Air mata gembira. Saman komital jururawat terhadap anak guam saya ditolak mahkamah dengan kos RM 5,000.00. Tahniah anak guam saya @lindarafar semoga kemenangan lain menyusul. Terima kasih atas doa doa kalian. Semoga yang baik2 akan dipulangkan kepada anda semua. Terima kasih atas usaha keras semua team @nha_lawfirm @a.faiz_munawar @zetizulkifli @izzatdzulkafli @najlazayz @wanazmirwanmajid #peguam #peguamkl #peguamshahalam #peguambelapeguamcara #advocatessolicitors #defamation #contract #civillawyer #kllawyer #malaysianlawyer

A post shared by Peguam | Lawyer | Founder (@hafidzahhassan) on

“Air mata gembira. Saman komital jururawat terhadap anak guam saya ditolak mahkamah dengan kos RM5,000.00. Tahniah anak guam saya @lindarafar semoga kemenangan lain menyusul. Terima kasih atas doa doa kalian. Semoga yang baik2 akan dipulangkan kepada anda semua.”

Pada 24 Julai lalu, Linda berjaya membatalkan notis komital yang difailkan terhadapnya oleh seorang jururawat sebuah hospital di Shah Alam pada tahun lalu.

Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Ditolak Mahkamah Dengan Kos RM5,000

Namun pada 8 Mei 2019, kedua-dua mereka khabarnya telah mencapai satu penyelesaian luar mahkamah dan difahamkan Linda memenuhi kesemua bahagiannya dalam penyelesaian tersebut. Bagaimanapun, jururawat itu tetap memfailkan satu tindakan komital terhadap Linda.

Susulan kejadian, Mahkamah Seksyen Shah Alam telah bersetuju bahawa Linda tidak bersalah dan telah memenuhi kesemua bahagiannya dalam persetujuan tersebut seperti yang dijanjikan.

Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Ditolak Mahkamah Dengan Kos RM5,000

Terdahulu, Linda difahamkan telah memuat naik satu perkongsian di media sosial kerana berasa kesal atas layanan buruk seorang jururawat ketika ibunya dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Rentetan itu, Delegasi Jururawat Malaysia (DON) dilaporkan mengumpul dana bagi membantu seorang jururawat memfailkan notis komital selepas didakwa menjadi mangsa fitnah Linda.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments