#Hiburan: Pernah Berkahwin Dan Ada Seorang Anak Lelaki, Oktovia Manrose Kini Terbuka Bercerita Mengenai Status Diri

Mengakui pernah berkahwin dan memiliki seorang anak lelaki, Oktovia Manrose tampil membuat pengakuan mengenai status dirinya yang jarang sekali dikongsi kepada umum.

Tambahnya lagi, dia telah bergelar ibu tunggal sejak lapan tahun lalu dan kini membesarkan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Zafariel yang kini berusia lapan tahun.

Menurutnya, disebabkan perkahwinan terdahulu, dia lebih selesa untuk berada dalam ‘zon selesa’ dan tidak mahu terlalu mendedahkan kepada umum mengenai hal peribadi.

Dia yang juga kakak kepada pelakon Aprena Manrose mengakui telah mendirikan rumah tangga pada usia yang sangat muda dan menganggap apa yang berlaku dulu merupakan sebagai fasa hidup dan lumrah kehidupan.

View this post on Instagram

Don’t compare your life with others . There’s no comparison between the sun and the moon , they shine when it’s their time ?

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose) on

“Bagi saya apa yang berlaku adalah lumrah kehidupan. Kekuatan yang saya ada ini pun daripada bapa. Meski kami jarang bertemu akan tetapi dia tak pernah menilai dan percaya saya akan jadi individu yang lebih baik,”

Oktovia ketika ditemui dia telah berkahwin ketika usianya 20 tahun pada 2011 yang lalu dan kemudian bercerai dua tahun kemudian.

Ditanyakan apakah cabaran terbesar menjaga anak secara bersendirian sejak lapan tahun lalu, Oktovia menganggap anaknya itu sebagai sebuah amanah Allah S.W.T yang perlu dijaga dan diperlihara dengan baik.

View this post on Instagram

Happy eid mubarak to all my friends . Have a blast one ? Stay home and stay safe ?

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose) on

 Menganggap Rayyan sebagai semangat dan juga kekuatan hidupnya, Oktovia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi jika bertemu jodoh yang sesuai dan sepadan.

“Untuk membesarkan anak pada usia yang muda bukanlah satu hal yang senang. Apa yang pasti, anak menjadi semangat. Kerana dialah saya kumpul kekautan dan lupakan kisah yang berlaku sebelum ini. Anak ini amanah dan saya perlu lakukan yang terbaik untuk dia, saya dan bekas suami masih berhubung baik dan melalui ibunya demi anak,”- Oktovia Manrose

Sumber : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments