Menegaskan bahawa dirinya tidak suka memilih untuk melakukan sebarang bentuk prosedur rawatan perubatan bagi mendapatkan bentuk badan langsing dengan cara yang mudah, penyanyi Nourul Depp akui lebih selesa untuk memilih menggunakan pendekatan secara semula jadi dengan menjalani rutin gaya hidup sihat.
Menurutnya, biarpun dibenarkan oleh pihak hospital, namun dirinya tetap enggan melakukan rawatan tersebut.
“Maaf, kami anti potong perut. Tak semula jadi walaupun doktor kata okay. Anti pembedahan itu sahaja, tapi tak anti orang yang dah buat. Itu pilihan masing-masing. Risiko masing-masing. Shortcut tak bawa apa-apa kebaikan, malah merosakkan.”
Ujar Nourul, menjalani gaya hidup sihat merupakan perkara utama yang dilakukannya untuk menguruskan berat badan.
“Tapi kena bersenam dulu sampai turun berat. Lepas tu nak pergi sedut ke apa, pergilah. Tapi tak mahu yang potong-potong perut tu, organ dalaman tak mahu kacau. Buat yang semula jadi, jaga makan, kekal aktif, pergi bersenam.”
Katanya yang aktif menjalani aktiviti bersenam, tiada jalan singkat untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Segalanya memerlukan pengorbanan kerana kejayaan tidak datang bergolek atau secara sekelip mata.
“Badan tu dah lama dok bagi makan macam-macam. Badan kita tak ada magik nak ubah waktu tu juga. Nak gemuk ambil masa, nak kurus pun ambil masa. Semua perlukan masa. Tak ada yang ajaib.”
Sekadar informasi, merupakan antara selebriti tempatan yang terkenal dengan amalan gaya hidup sihat. Sehingga kini, beliau khabarnya sering berkongsi teknik senaman dan pemakanan sihat secara langsung kepada umum di Instagram miliknya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments