#Hiburan: “Niat Nak Bantu Wanita Supaya Ada Pendapatan Sendiri,” Syatilla Melvin Kini Bergelar Usahawan Jamu Setelah Keluarkan Produk Kosmetik ‘Kekasih’

Pelakon dan juga usahawan kosmetik, Syatilla Melvin kini bakal bergelar pengusaha jamu tidak lama lagi.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin memaklumkan mengenai perkara itu di laman instagram miliknya apabila dia memuat naik sebuah video produksi makanan kesihatan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini juga meluahkan rasa syukur di atas kejayaan perniagaan kosmetiknya yang berjenama ‘Kekasih’ miliknya itu.

“Alhamdulillah alhamdullilah alhamdullilah! Lepas kejayaan kosmetik @kekasih_hq, Allah kabulkan doa tilla nak sangat ada jamu sendiri! Ya Allah tak sangka bila tengok production sendiri berjalan macam ni,”

Syatilla juga menjelaskan bahawa dia berniat untuk membantu suri rumah dan golongan wanita untuk menjana pendapatan sendiri dengan menjadi stokis atau ‘dropship‘ priduk jamunya itu.

 Menggunakan nama @pengaseh.hq sebagai jenama produk jamunya itu, dia turut berharap perusahaan makanan kesihatan ini bakal laris dan berjaya sama seperti kejayaan produk kosmetiknya sebelum ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments